TAMHIDI ALFASOHA

General Policies

Administration Information by Tamhidi Alfasoha 

Maklumat Pembayaran Yuran Tamhidi

Maklumat Pembayaran

Paid once a year only!
150/year
  • STUDENT FILE
  • REGISTER IN OUR STUDENT PORTAL
Paid once a year only!
800/year
  • Education Fees: Teaching Aids & Resources, Arts, Projects & Stationery
  • Activities & Events
  • School Supplies

Bayaran Bulanan

(1): FULL DAY ( 07:00AM – 05:30PM) – RM 380
(2): NEW FULL DAY+ (06:45AM – 06:00PM) – RM 400
♦ (3): HALF DAY (07:00AM -12:30PM) – RM 280
♦ (4): NEW HALF DAY+ (06:45AM-01:30PM) – RM 310

POLISI PEMBAYARAN DAN PEMULANGAN

  • Yuran bulanan perlu dibayar dalam tempoh dari 1 sehingga 5 haribulan. (Minggu pertama setiap   bulan).
  • Semua pembayaran boleh dibuat secara pindahan ke akaun bank / CDM (Bank Islam – Alfasoha Academy of Arabic 09010010081616) / tunai / melalui kaedah pembayaran lain yang ada di sini: https://arabic.edu.my/payment-methods/ 
  • Untuk mendapatkan resit rasmi pembayaran yuran, ibu bapa perlu muat turun resit di student portal di bahagian Fee Invoices.
  • Pendaftaran bagi dua pelajar (adik-beradik) akan mendapat diskaun 10% untuk pelajar kedua.
  • Selepas pembayaran, ibu bapa akan menerima emel pengesahan pembayaran diterima oleh pihak Tamhidi. Untuk melihat atau mencetak resit pembayaran, ibu bapa boleh log in ke student portal di bahagian Payment History.
  • Peringatan (reminder) akan dihantar kepada ibu bapa pada setiap awal bulan sebagai peringatan selama seminggu.
  • Sekiranya pihak ibu bapa mempunyai masalah untuk melaksanakan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, sila isi Surat Tunjuk Sebab untuk tindakan lanjut bagi masalah berkaitan. (SHOW CAUSE LETTER)
  • Pihak Tamhidi akan menelefon pihak tuan/puan sekiranya gagal membuat sebarang tindakan.
  • Sekiranya pelajar tidak hadir ke Akademi tanpa urusan kecemasan, pembayaran yuran tetap perlu dibayar seperti biasa. Ini kerana Akademi masih beroperasi tetapi pelajar yang gagal untuk menghadirkan diri.

POLISI PEMBAYARAN

POLISI PEMULANGAN

Yuran Pendaftaran (RM 150) tidak akan dipulangkan kerana yuran ini adalah sebagai tempahan slot kemasukan pelajar dan digunakan untuk memasukkan maklumat pelajar ke dalam sistem Tamhidi.

Dari jumlah Yuran Tahunan (RM800),  hanya Yuran Pembelajaran (RM500) sahaja yang akan dipulangkan. 

➡️ Sebagai contoh: Sekiranya pelajar hanya mengikuti kelas selama 6 bulan iaitu dari Januari sehingga Jun, cara pengiraan pemulangan adalah seperti berikut: 

 

 

Baki hanya akan dikembalikan dalam tempoh 1 – 30 hari, selepas tarikh pelajar berhenti.

Pembayaran Yuran Pembelajaran dikira secara bulanan walaupun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan kemasukan.

**Polisi ini diambil kira sekiranya ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah tentang keinginan pelajar untuk berhenti belajar dalam jangka masa tidak kurang dari sebulan.

➡️ Ibu bapa boleh mengisi borang di bawah sekiranya ingin bertukar tempat belajar:

Link google form: PERTUKARAN STATUS PENGAJIAN: https://forms.gle/WPp8uPG4RercY2Ni6  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami: admin@alfasoha.edu.my

ETIKA PEMAKAIAN

Pelajar Lelaki : Menutup aurat

  • Memakai seluar panjang
  • Rambut pendek dan kemas
  • Baju di tuck-in
  • Bersih dan kemas
  •  Memakai kopiah

Pelajar Perempuan  :Menutup aurat

  • Memakai  baju lengan panjang dan seluar panjang yang longgar
  • Memakai tudung
  • Bersih dan kemas

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA PELAJAR

  • Pelajar Full Day
    • Botol air.
    • Berus gigi dan cawan plastik.
    • Baju persalinan (bawa setiap hari).
    • Tuala mandi.
    • Seluar atau kain basahan untuk mandi.
    • Pakaian solat / telekung / sejadah.
    • Alas tidur dan bantal.
    • Sekiranya pelajar membawa bekal, bekas makanan perlu di label nama pelajar.
    • Makanan ringan (jajan) tidak dibenarkan.
    • Semua barang peribadi pelajar (tuala, telekung, sejadah, baju dan seluar, botol air dan lain-lain) perlu di label nama pelajar.

*** Alatan tulis, buku dan pensel warna disediakan.

  • Pelajar Half Day
    • Botol air.
    • Sekiranya pelajar membawa bekal, bekas makanan perlu di label nama pelajar.
    • Makanan ringan (jajan) tidak dibenarkan.
    • Semua barang peribadi pelajar harus di label nama pelajar.

*** Alatan tulis, buku dan pensel warna disediakan.

JADUAL DAN MENU MAKANAN

Sarapan pagi : 7:00 pagi – 7:30 pagi

Minum pagi : 9:40 pagi – 10:00 pagi

Makan tengah hari : 12:00 tengah hari – 1:00 petang

Minum petang : 3:30 petang – 3:45 petang

MENU MAKANAN

** Sekiranya pelajar mempunyai alahan atau tidak sesuai dengan menu makanan yang disediakan, ibu bapa boleh menghubungi pihak Tamhidi.

Takwim Tamhidi ALFASOHA

We are following public holiday in our school calendar

Pihak Tamhidi mengikut cuti umum (bukan cuti sekolah) dalam kalender sekolah kami

Open Day : Disember 

Hari pertama persekolahan : 01 Januari 2024

Ihtifal (Hari Anugerah) : November 

Parent – Teacher meeting (Rekod Perkembangan Pelajar) : Once in 4 months

Tarikh terakhir bayaran yuran bulanan : 5hb setiap bulan

*4rd night Project – Every Friday – PBL- Project Based Learning 

**Subject exchange every day.

For any inquiries, Please contact us