Kesan Gajet Terhadap Tumbesaran Anak-anak
NUR ATHIRAH BINTI MAHAMAD NOR
Kesan Gajet Terhadap Tumbesaran Anak-anak
Gajet dan teknologi terkini mampu memberikan kebaikan kepada pengguna jika ia digunakan dengan cara yang betul. Cara yang betul adalah penggunaan mengikut had masa iaitu 1 jam sehari dengan kadar 2 kali dan setiap kali 30 minit sahaja. Posisi badan ketika menoton juga penting iaitu jarak dengan paparan skrin sekurangnya 20 inci jauh. Antara kesan positif itu adalah meningkatkan ilmu pengetahuan, menguatkan saraf motor, meningkatkan kemahiran berfikir serta melatih mental kanak-kanak dalam kesedian persaingan. (Srinahyanti, S., Wau, Y., Manurung, I., & Arjani, N. 2019). Manakala kesan buruk kepada kanak-kanak berlaku apabila pendedahan terhadap gajet ini tidak terkawal dan kesan yang paling membimbangkan adalah apabila anak-anak sudah mula ketagih dengan gajet. Ini jelas disokong dengan kajian oleh Samsuddin, A. R., & Md Yusof, H. (2020)
Antara kesan negatifnya adalah stress, kemurungan, masalah emosi, masalah perkembangan kognitif dan fizikal. Dengan meluangkan masa terlalu lama dengan gajet, anak-anak akan menjadikan mereka lebih selesa mendiri dan tidak bersosial dengan orang lain.
Ini akan menyebabkan perkembangan emosi sosial mereka terbantut dan mereka tak mampu untuk rasa simpati, empati dengan keadaan orang sekelilingnya. Kajian daripada Andri Nugraha dan rakan-rakan (2019) mendapati pendedahan awal gajet kepada kanak-kanak secara berlebihan akan mengganggu perkembangan percakapan ‘speech delay’ kerana kurangnya interaksi dengan orang sekeliling.
Justeru, adalah tanggunggjawab Ibubapa untuk memastikan kita memberi contoh yang baik kepada anak-anak dengan meluangkan masa bersama mereka, mengajar mereka cara yang betul untuk menggunakan gajet dan tidak membiarkan anak-anak bersendirian dengan gajet.
More articles
Enrich your child's life today
Address
NO.2, TAMAN PUTRA PUTRI, JALAN SANTAN, REPOH
01000, KANGAR, PERLIS
MALAYSIA