Kepentingan Perhatian Ibu Bapa Terhadap Kebahagian dan Kejayaan Anak-anak

ALIMATUL ZAUWIYAH

Kepentingan Perhatian Ibu Bapa Terhadap Kebahagian dan Kejayaan Anak-anak

Kajian Sains menyokong idea bahawa perhatian, kemesraan dan kasih sayang yang diluahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak memberi kesan yang positif sepanjang hayat anak-anak. (rujukan berdasarkan Child Trends, organisasi penyelidikan terkemuka di Amerika Syarikat yang fokus pada peningkatan kehidupan dan prospek kanak-kanak, remaja, dan keluarga mereka.)

Antaranya, perhatian dari ibu bapa membantu dalam perkembangan minda anak. Kajian menunjukkan otak anak yang kurang perhatian, atau diabaikan mengalami gangguan yang teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada kanak-kanak yang lain. (Dr. Taufik Razif) Selain itu, ia membantu dalam pembentukan peribadi yang positif dan pembangunan kendiri anak-anak. Perhatian dari ibu bapa juga dapat membina kepercayaan anak terhadap ibu bapa berbanding dengan orang lain di sekeliling mereka. Seterusnya, ianya dapat mewujudkan hubungan keibubapaan yang baik dan berterusan dengan anak-anak.

Terdapat beberapa cara yang ibu bapa boleh praktikkan untuk menunjukkan perhatian atau kasih sayang kepada anak-anak. Antaranya, meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti kekeluargaan, dan perkara paling penting ketika ini adalah dengan menjauhkan telefon bimbit ketika bersama mereka, perbanyakkan eye-contact bukan screen-contact. Ketika anak-anak sedang bercerita, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan minat terhadap apa yang dilakukan oleh anak-anak dan memberi kata-kata pujian, dan semangat. Ibu bapa juga perlu selalu menyuarakan dan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan memberi pelukan, ciuman dan sentuhan sayang.

Kesimpulannya dalam membina corak perwatakan yang positif dalam diri anak-anak, serta kebahagian dan kejayaan anak-anak adalah bermula dari perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa.

More articles

Enrich your child's life today