POLISI PEMULANGAN
- Yuran Pendaftaran (RM 150) tidak akan dipulangkan kerana yuran ini adalah sebagai tempahan slot kemasukan pelajar dan digunakan untuk proses maklumat pelajar ke dalam sistem Tamhidi.
- Yuran Tahunan boleh dipulangkan mengikut cara perkiraan ini: (Yuran Tahunan / 12 (bulan sesi persekolahan)) x Jumlah bulan kehadiran pelajar = Jumlah potongan). Baki akan dikembalikan dalam tempoh 1 – 30 hari.
- Pembayaran Yuran Tahunan dikira secara bulanan walaupun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan kemasukan.
- Polisi ini diambil kira sekiranya ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah tentang keinginan pelajar untuk berhenti belajar dalam jangka masa tidak kurang dari sebulan.
- Sekiranya ibu bapa memaklumkan keinginan untuk berhenti kurang dari sebulan atau berhenti serta-merta pada bulan tersebut, pemulangan yuran tahunan akan dikira pada bulan berikutnya. (Contoh: Pelajar dimaklumkan akan berhenti pada bulan 8. Bayaran yuran tahunan bagi bulan 8 masih dikira. Pemulangan yuran tahunan akan dikira bermula bulan 9 dan berikutnya).
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi kami:admin@alfasoha.edu.my