POLISI PEMBAYARAN
- Yuran bulanan perlu dibayar dalam tempoh dari 1 sehingga 5 haribulan. (Minggu pertama setiap bulan).
- Semua pembayaran boleh dibuat secara pindahan ke akaun bank / CDM (Bank Islam – Alfasoha Academy of Arabic 09010010081616) / tunai / melalui kaedah pembayaran lain yang ada melalui link ini: PAYMENT METHODS – TAMHIDI ALFASOHA.
- Bayaran yuran bagi dua pelajar (adik-beradik) akan mendapat diskaun 10% untuk pelajar kedua.
- Selepas pembayaran, ibu bapa akan menerima emel pengesahan pembayaran diterima oleh pihak Tamhidi. Untuk melihat atau mencetak resit pembayaran, ibu bapa boleh log in ke Student Portal di bahagian Payment History.
- Peringatan akan dihantar kepada ibu bapa pada setiap awal bulan sebagai peringatan selama seminggu.
- Sekiranya pihak ibu bapa mempunyai masalah untuk menjelaskan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, sila isi Surat Tunjuk Sebab untuk tindakan lanjut bagi masalah berkaitan.
- Pihak Tamhidi akan menghubungi pihak tuan/puan sekiranya gagal membuat sebarang tindakan.
- Sekiranya pelajar tidak hadir ke Akademi tanpa sebab atau urusan kecemasan, pembayaran yuran bulanan tetap perlu dibayar seperti biasa, kerana Akademi masih beroperasi tetapi pelajar yang gagal untuk menghadirkan diri.