Lessons Learning Outcomes
Students will be able to develop sense of togetherness by helping each other out in each activity
Methods
Aktiviti 1:
Pelajar diminta duduk dalam satu bulatan, guru tanya soalan membina hubungan.
Guru menerangkan tentang Adab/ tata tertib. Kepentingan dan kesannya.
Menggalakkan pelajar berfikir dan bercakap tentang kepentingan adab dengan guru, ibubapa, kawan-kawan dan orang lain.
Aktiviti 2: Simon Says
Guru memberi arahan sebelum memulakan aktiviti, semua pelajar mesti menunjukkan kesediaan. cth: diam, duduk tertib dan memberi perhatian kepada guru. Selagi mana pelajar masih bermain, guru tidak akan mulakan aktiviti. Biasakan perkara ini supaya pelajar memahami pentingnya berdisiplin
Aktiviti 3: May I?
Pelajar beratur dalam satu barisan melintang. Guru memulakan dengan memberi arahan kamu mesti bergerak ke arah (suatu penghujung/ garis penamat)
Pelajar akan memulakan dengan meminta izin guru untuk bergerak. cth: boleh ke saya gerak tiga langkah cikgu?
Cikgu boleh jawab Boleh, silakan atau tidak, sila tunggu sebentar.
Pelajar hanya boleh bergerak apabila dibenarkan, dan tunggu giliran seterusnya untuk bergerak semula.