Lessons Learning Outcomes
Murid dapat mengelaskan daun dan tumbuhan mengikut ciri-ciri yang sama.
Methods
Kelas Pertama
1. Bawa murid berjalan-jalan di persekitaran tadika untuk memerhati pelbagai jenis tumbuhan.
2. Tanya murid, siapakah yang meciptakan tumbuh-tumbuhan?
3. Apakah yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup?
– air, udara dan cahaya matahari.
4. Apakah warna daun yang biasa kamu jumpa?
5. Beritahu pelajar ada juga daun yang berwarna kuning, ungu, putih dan merah.
6. Tunjukkan contoh daun menggunakan gambar atau daun sebenar.
7. Bawa contoh daun pisang, daun limau purut dan daun kari.
8. Tanya perbezaan antara daun-daun itu.
9. Guru boleh rujuk video sebelum kelas.
Kelas Kedua
1. Tonton video ‘bentuk dan warna daun’ menggunakan link yang disediakan.
2. Warnakan daun mengikut warna yang dinyatakan (ms 25 dan 29)
3. Bulatkan saiz daun yang betul. (ms 26)
Buku Sains Fargoes 2 – 6 tahun